Nak pergi menghadiri majlis pelancaran produk baru Che Ta, pasangan ni sanggup berhabis duit hampir RM9 ribu untuk busana

Usahawan dan selebriti media sosial, Prince Syed Shahid mendedahkan sanggup melaburkan hampir RM9,000 demi busana dirinya dan isteri ketika menghadiri majlis pelancaran produk terbaharu selebriti, Rozita Che Wan atau Che Ta, baru-baru ini. Kongsinya, Shahid yang juga pereka fesyen itu memaklumkan busana yang disarungkan dia dan isteri itu adalah hasil jahitannya sendiri. Klik sini untuk lihat video.

“Kalau ada apa-apa acara, memang kami akan jahit sendiri baju-baju yang dipakai. Kalau busana hari ini saya siapkan dalam masa dua hari dan anggaran untuk kedua-dua busana hari ini adalah sebanyak RM8,000 ke RM9,000. Kami datang untuk beri sokongan kepada Che Ta dan meriahkan suasana majlis. Siap berkepak-kepak sebab ikut tema,” kongsinya. Ujar Shahid lagi dia dan isteri sudah lali dengan kritikan yang dilemparkan warganet sebaliknya berasa selesa dengan penampilan-penampilan sebegitu

Hari-hari orang akan bercakap soal pakaian, ada yang cakap ‘over’ dan sebagainya. Sebenarnya kami selesa begini dan kami masih mengikut kesesuaian majlis. Takkanlah nak pergi pasar borong dengan busana begini. Malah, ekspektasi orang juga ingat kami berpakaian sebegini seharian. Tidak lah, kalau ada majlis saja kami melaram, “ ujarnya. Dalam pada itu, Shahid yang memiliki pengikut seramai 500,000 pengikut di TikTok turut memaklumkan telah membuat persiapan busana untuk hari raya kelak.

“Dah siap dah, 30 hari 30 pasang baju yang tak berulang. Alhamdulillah, Allah beri rezeki pada kami setiap tahun. Kami pun sudah bekerja keras hampir setiap hari untuk menempuh sambutan hari raya ini. Raya Cuma sekali saja, itulah masanya untuk kami melaram,” kongsinya teruja. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.