Sampai no telefon anak pun disekat, Mas Idayu akui yakin Aman Graseka dikawal

Penyanyi, Mas Idayu memberi respon berhubung isu bekas suaminya iaitu Aman Graseka yang meminta sumbangan kerana sedang berhadapan dengan kesempitan hidup. Memetik laporan Berita Harian, Mas Idayu menegaskan bahawa dia sama sekali tidak percaya tindakan meminta sumbangan tersebut dilakukan oleh Aman kerana dia sangat mengenali bekas suaminya itu. Keraguan yang timbul menyebabkan Mas Idayu juga mendakwa telefon bimbit Aman telah dikawal oleh seseorang.

“Itu bukan Aman Graseka, percayalah! Saya sokong rakan artis seperti Sharifah Shahirah dan Ellie Suriaty yang percaya itu bukan Aman. Ini adalah perbuatan ‘scammer’ dalam rumahnya sendiri. Saya tak mahu tuduh sesiapa, tapi saya percaya ini adalah tindakan orang yang selalu kawal telefon Aman, soalnya siapa? Aman sampai sekarang berdiam diri dan mungkin tak tahu. Ini kerana telefonnya dikawal. Sebabnya, Sharifah Shahirah ada beritahu selepas hantar mesej, ‘orang itu’ padam semula.

Dalam telefon Aman, nombor telefon rakan artis dan orang yang pernah bekerjasama ada. Habis nombor ini digunakan untuk mencari duit.” Sementara itu, penyanyi berusia 51 tahun ini mendedahkan nombor telefon puteri mereka, Nur Dayini juga telah disekat namun Mas Idayu tetap dengan pendiriannya bahawa itu bukanlah perbuatan Aman. Difahamkan aktor tersebut juga tidak minta sebarang bantuan kepada anaknya. “Aman tak cari anaknya, Nur Dayini sebab nombor telefon sudah disekat. Tapi, saya tak yakin Aman sekat nombor telefon anaknya. Ini kerana Aman tak pernah sekat nombor telefon saya selepas berpisah, jadi kenapa nak sekat nombor telefon Nur Dayini.

Ini bermakna ‘orang itu’ tak mahu ada urusan antara Aman dan anaknya. Kami juga sukar berhubung dengan Aman sehingga perlu menggunakan nombor telefon orang lain, namun bukan Aman menjawab panggilan telefon. Bodohnya ‘orang itu’, tidak licik! Nak buat penipuan, tapi tak pandai tutup lubang.” Dalam masa yang sama, Mas Idayu berharap agar Aman segera sedar dengan segala hal yang berlaku dan mengambil tindakan selain turut menitipkan doa buatnya.

“Saya sudah tiada kena mengena dengan Aman, tapi dia tetap bapa kepada anak kami. Saya percaya kenyataan saya ini dapat membantu Aman. Jadi, saya cuma doakan Aman sihat dan tiada gangguan apa-apa. Sebab Aman yang kenali seorang waras dan sihat. Saya harap Aman perlu tahu mengenai perkara ini daripada sesiapa. Tutuplah akaun bank dan padamkan nombor telefon yang tersebar. Saya percaya ‘orang itu’ boleh tengok semua perkongsian, manakala Aman pula tak tengok kerana telefonnya dikawal. Tak penatkah memantau untuk selamatkan diri? Jadi, saya berharap nombor telefon itu dapat dipadamkan. Saya juga harap orang Malaysia siasat betul-betul sebelum memberikan pertolongan.”

Terdahulu, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira berkongsi di laman sosialnya tentang kepayahan hidup Aman dengan harapan bantuan dapat dihulurkan berikutan aktor itu dikatakan tidak lagi menerima tawaran lakonan. Bagaimanapun, timbul rasa keraguan dan kebimbangan dalam kalangan rakan seindustri apabila Aman sehingga kini masil belum tampil memberi kenyataan berhubung isu tersebut.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.