Ada pula yang pertikaikan pasal hadiah Ford Ranger, ini luahan dari Achey

PELAWAK Achey Bocey meluahkan rasa kesal apabila ada pihak mempertikaikan hadiah kereta jenama Ford Ranger yang diterima daripada seorang usahawan dikenali sebagai Fariz Azri. Menjawab tuduhan berkenaan, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata pemberian kereta itu daripada sahabat baiknya yang sudah lama berhajat memberikan hadiah berkenaan. “Kereta yang saya dapat ni memang kroni sebab ia hadiah pemberian diatas apa yang saya lakukan terhadap Fariz sebelum ini dan dia rasa berbaloi untuk hadiahkan kereta ini buat saya.

“Kalau cakap kroni memang ya sebab saya sebahagian daripada pasukan dia dan untuk jadi sebahagian pasukan tu saya lakukan kerja dengan bersungguh-sungguh sebab itu ini hasilnya. Pada yang bercakap tu hanya mampu bercakap dan komen saja dan selagi awak menidakkan hak rezeki orang jadi dekat situ saja tempat awak, bukan nak merendahkan kalau ada yang terasa minta maaf tapi jangan pertikaikan apa yang saya dapat,” kata Achey.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.