Merayu agar guru tak pindah sekolah, ramai yang risau bila tengok murid sekolah rendah luahkan rasa cinta dekat cikgu

Tindakan seorang pelajar sekolah rendah yang meluahkan rasa ‘cintanya’ kepada seorang guru meraih perhatian warganet. Menerusi tangkap layar yang dikongsi oleh seorang pengguna di platform X, guru tersebut menjelaskan tentang berita perpindahannya untuk mengajar ke sekolah lain menerusi kiriman Whatsapp. Namun, pelajar perempuan tersebut merayu agar guru itu tidak pindah ke sekolah lain kerana katanya dia tidak mempunyai semangat untuk belajar. “Boleh tak sir jangan pindah, saya takda semangat nak datang sekolah dah sir takda.

“Saya suka dekat sir, saya tak nak cikgu lain ajar kelas ni. Saya dah lama suka dekat sir. Saya rasa saya dah jatuh cinta dekat sir, tolong lah sir balik sekolah ni ajar kelas saya semula,” luah seorang murid perempuan tersebut. Susulan itu, rata-rata warganet menasihatkan ibu bapa mendidik anak masing-masing supaya tidak melampaui batas. “Crush kat cikgu tu normal. Tapi jadi weird bila gi confess. Zaman dulu budak sekolah mampu suka dan tak menggeletis begini. Lumrah perasaan suka tapi janganlah dik sampai meluah perasaan and sanggup buat apa saja demi perasaan suka jatuh cinta tu.

“Tidak salah cikgu kacak. Buat rosak perkara ini ialah murid yang tidak sedar perasaan menguasai akal. Didikan emak ayah sangat penting untuk budak menginjak zaman remaja. Gedik dan mengada adalah perkara biasa bagi perempuan,” demikian antara kata warganet. Dalam masa sama, ada yang turut menasihatkan supaya golongan guru agar tidak mengambil kesempatan memandangkan isu murid ‘crush’ dengan guru memang sejak dulu lagi berlaku. “Yang penting cikgu cikgu tak layan atau ambil kesempatan. Jaga batas, maruah sendiri dan maruah anak orang lain,” kata seorang warganet lagi.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.