Dah kahwin jadi makin lawak, ramai yang terhibur bila tengok Nabila Razali buat trend tiktok

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi jelita Nabila Razali telah menjadi perhatian warganet apabila videonya di TikTok menjadi tular. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, dilihat sedang membuat trend TikTok di dalam kereta. Apa yang menarik perhatian warganet adalah ekspresi mukanya yang comel dan kelakar. Dalam pada itu, di ruangan kapsyen Nabila juga menyatakan bahawa trend ini mudah untuk dibuat. Klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Nabila yang dikatakan semakin cantik selepas berkahwin dengan suaminya, Nik Iruwan. Bukan itu sahaja, ada juga warganet berseloroh dengan mengatakan Nabila semakin kelakar sejak berkahwin. Terdahulu, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 10.11 pagi Sabtu. Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.