Sanggup buang anak dan isteri sebab nak kejar janda muda, kini hidup sebatang kara lepas wanita tersebut jual semua harta tanpa pengetahuan

KERA di hutan disusukan, anak di rumah dibiar kelaparan. Begitulah kisah kehidupan seorang lelaki yang sanggup berkorban kasih demi memberi kemewahan kepada dua anak tirinya. Segalanya bermula selepas dia melepaskan isteri dan tinggalkan dua anaknya di China demi menikahi teman wanita yang merupakan ibu tunggal. Ia berikutan wanita terbabit jauh lebih muda serta cantik berbanding isterinya dan dirasakan dapat membantu urusan perniagaan.

Bagaimanapun, tanpa diduga selepas menginjak usia warga emas, dia dibiarkan sendirian oleh kedua-dua anak tirinya kerana menghidap alzheimer. Bukan itu sahaja, dia yang merupakan usahawan terkenal menjadi ‘muflis’ selepas kesemua harta dijual oleh wanita terbabit tanpa pengetahuannya. Menyedari hal tersebut, dia kemudian ingin mencari semula anak kandungnya dan tinggal bersama. 

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.