Busana perkahwinan Dayang Anisha nampak cantik, tak sangka pereka fesyen pernah buat baju Taylor Swift

BIARPUN ‘Wedding of The Year’ antara anakanda ke-10 Sultan Brunei iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan Yang Mulia Pengiran Anak Isteri Dayang Anisha Rosnah sudah hampir seminggu berlalu, namun ramai masih memperkatakan mengenai perkahwinan diraja itu sehingga kini. Daripada adat yang unik, busana perkahwinan yang menawan sehinggalah acara yang mewah dan gah, segala-galanya menjadi bualan masyarakat yang kagum dengan adat perkahwinan diraja Brunei tersebut.

Dalam kesemua perkara tersebut, pastinya ramai bersetuju bahawa kejelitaan Dayang Anisha benar-benar memukau mata apatah lagi apabila mengenakan gaun labuh bergemerlapan. Jika sebelum ini kongsikan pereka fesyen di sebalik busana Dayang Anisha pada Majlis Khatam Al-Quran serta Majlis Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja, kali ini jom kenali pereka fesyen di sebalik busana Majlis Persantapan Diraja pula iaitu Zuhair Murad. Berikut merupakan trivia menarik mengenai beliau: 1) Zuhair Murad merupakan seorang pereka fesyen dari Lubnan.

2) Dilahirkan pada 15 Julai 1971 di Ras Baalbek. Kini berusia 53 tahun. 3) Tidak lama selepas tamat persekolahan, Zuhair berpindah ke Paris, di mana beliau memperoleh ijazah dalam bidang fesyen. 4) Terkenal dengan keupayaannya mencipta gaun cantik untuk pelbagai acara sama ada perkahwinan, majlis anugerah, kostum filem dan sebagainya. 5) Zuhair adalah sosok di sebalik gaun perkahwinan ikonik yang digayakan oleh Jennifer Lopez dalam filem Marry Me pada tahun 2022.

6) Sentuhannya menjadi pilihan ramai selebriti serta VIP Hollywood seperti Adele, Taylor Swift, Carrie Underwood, Ivana Trump, Beyoncé Knowles, Shakira, Katy Perry dan Priyanka Chopra. 7) Mereka gaun yang dipakai oleh Puteri al-Taweel dari Arab Saudi yang digayakan pada majlis perkahwinan Putera William dan Kate Middleton pada 2011. 8) Zuhair berkongsi lakaran gaun untuk Dayang Anisha di laman Instagramnya. Menurutnya, gaun tersebut direka dan disesuaikan untuk menjelmakan warna gading, diserlahkan dengan sulaman halus motif flora serta diserikan dengan mutiara.

9) Dianggap sebagai salah seorang pereka fesyen paling berbakat pada abad ke-21, juga dikenali sebagai individu belakang tabir di sebalik penampilan memukau selebriti di karpet merah. 10) Mempunyai 6.6 juta pengikut di Instagram. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.