Dah tak relevan jadi penyampai radio, individu ni wujudkan satu petisyen minta DJ Lin letak jawatan

Satu petisyen meminta DJ Lin letak jawatan telah diwujudkan oleh seseorang dikenali sebagai Mohd Faizal Legacy susulan daripada kontroversi yang berlaku baru-baru ini. Memetik laporan dari Utusan Malaysia, petisyen tersebut memaklumkan yang mereka percaya bahawa penyampai radio Suria FM itu sudah tidak relevan lagi kepada pendengar. “Kami percaya bahawa DJ Lin dari Suria FM sudah tidak lagi relevan dan kami merasakan perubahan diperlukan.” tulis petisyen berkenaan.

Gesaan tersebut termasuklah menghentikan sekali program kendalian penyampai radio berkenaan dikenali sebagai Suria Cinta yang bersiaran pada Ahad hingga Jumaat jam 8 malam hingga 1 pagi. Dalam pada itu, petisyen berkenaan juga turut menyenaraikan kegagalan DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid, 49, sebagai Pengurus Besar Suria FM serta berharap agar dia turut meletak jawatan sebagai penyampai radio. “Menurut data terkini, ada penurunan mendadak dalam jumlah pendengar stesen ini (Sumber: Laporan Penyiaran Malaysia).

Oleh itu, kami menggesa pihak pengurusan Suria FM untuk mempertimbangkan permintaan kami agar DJ Lin meletakkan jawatannya Sila tandatangan petisi ini jika anda setuju dengan pendapat kami,” ujarnya. Sejak petisyen berkenaan diuar-uarkan, sudah lebih separuh menandatanganinya memandangkan sasaran asal adalah 100 individu. Difahamkan, petisyen terbabit wujud selepas kontroversi melibatkan bekas penyampai radio Suria FM iaitu Tyzo Xander yang dipercayai diberhentikan perkhidmatan tanpa kerelaan.

Ramai yang mengaitkan DJ Lin sebagai sebab utama mengapa Tyzo ditamatkan kontrak memandangkan ada video tular penyampai radio berkenaan mengucapkan ‘terima kasih atas penganiayaan’ terhadap seseorang yang berada di konti ketika hari terakhirnya di Suria FM. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.