Ada yang pertikaikan pasal majlis resepsi mewah Amylea, tak boleh berdiam ini respon Shila Amzah

KEMERIAHAN majlis resepsi penyanyi dan komposer Amylea Azizan dan suaminya iaitu Mohammad Aqbar mengundang kritikan seorang warganet di media sosial. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok milik Shila Amzah, warganet berkenaan mengkritik majlis berkenaan termasuklah mengaitkan arwah bapa Amylea. Bengang dengan tuduhan yang dilemparkan itu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, tampil membela rakannya dan menyelar komen ditulis netizen berkenaan.

“Itu fitnah! Bapa dia dah pergi menghadap illahi dah. Lain kali jangan main FB (Facebook). Itu semua fitnah. Orang yang sakit otak sanggup guna gambar bapa dia masa sakit untuk buat cerita bodoh macam ini. Membabi buta percaya ini tidak elok,” balas Shila. Sebelum itu, Shila berkongsi video kemeriahan suasana majlis persandingan Amylea bersama suaminya yang mesra disapa dengan panggilan Ash. Warganet mempersoalkan majlis persandingan Amylea yang dilihat mewah dan menyebut mengenai laporan berita lama penyanyi ini meminta bantuan untuk arwah bapanya pada tahun 2021.

“Baru-baru ini aku tengok Amylea ini minta bantuan ayah dia sakit. Tup-tup tengok dia nikah mewah pula,” tulis warganet. Untuk rekod, bapa Amylea iaitu Allahyarham Azizan Zainal Abidin, 62, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN), pada 11 Ogos 2021. Pada 27 November lalu, Amylea memaklumkan dia sah bergelar isteri kepada Ash namun merahsiakan tarikh sebenar mereka bernikah. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.