Minta warganet segera bertaubat, Syada Amzah luah rasa kesal sebab selalu jadi bahan kritikan warganet

Akibat sering dijadikan bahan kritikan, penyanyi Syada Amzah memberi nasihat kepada warganet agar menghentikan perbuatan tersebut. Syada atau Nursyuhada Amir Amzah mengingatkan individu yang membencinya, supaya sayang dengan pahala masing-masing. Baginya, mereka tidak mendapat apa-apa faedah atau kebaikan langsung apabila mengeji dirinya secara terus-menerus. Anak bongsu kepada penyanyi veteran, Datuk ND Lala itu meluahkan rasa kesalnya itu menerusi sebuah hantaran yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya.

Syada mendedahkan dia pernah menerima kritikan terhadap wajahnya yang dikatakan kelihatan lebih tua berbanding usianya. Tidak mudah melenting, Syada bagaimanapun menyifatkan hinaan tersebut sebagai satu pujian buat dirinya kerana ia bersifat normal sahaja. “Saya masih anggap itu sebagai satu pujian. Saya sukakannya sebab walaupun say atua, tapi saya masih ada jerawat dan membuatkan saya merasakan itu adalah perkara normal,” ujarnya. Dalam pada itu, adik kepada penyanyi hebat tanah air, Shila Amzah itu juga tampil menepis dakwaan yang menuduh dia pembnh kucing kerana bersifat culas dalam menjaga kucing-kucingnya itu“Saya hantar kucing-kucing saya untuk divaksin. Saya berhabis banyak wang ringgit untuk ubat, penjagaan bulu (grooming) dan makanan.

“Ramai tidak tahu kerana kebanyakan daripada anda yang tinggalkan komen sebegitu, selalunya tidak kisah dengan kehidupan orang lain,” jelasnya. Bahkan, pelantun lagu Hasrat itu juga memberi respons terhadap tindakan segelintir warganet yang mempersoalkan keadaan mulutnya yang dikatakan senget serta gigi berkarang. “Mulut dia herot (senget), gigi berkarang, kenapa tak pakai pendakap gigi (braces)? Ini kurniaan Allah SWT. Alhamdulillah, walaupun tidak sempurna.

“Awak sahaja yang ada masalah dengan ciptaan Tuhan yang awak sembah. Saya bersyukur sebab saya tidak diciptakan sempurna. Saya sentiasa ingat asal usul, adab, adat dan agama saya,” jawab Syada. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.