Nak kan keberkatan dalam rezeki, Ryan Bakery akui pulangkan semula bayaran jenama yang diboikot

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Ryan Bakery bertindak memulangkan bayaran membabitkan kempen jenama produk yang diboikot atas solidariti terhadap rakyat Palestin. Ketika ditemui, Ryan berkata dia akui resah sekiranya meneruskan kerja mempromosikan kempen membabitkan barangan buatan zionis. Jelas Ryan atau nama lengkapnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, keberkatan dalam mencari rezeki adalah lebih penting. “Sebelum ini saya ada terima ‘job’ dari jenama produk diboikot dan ada yang masih mempunyai baki perlu selesaikan.

Saya akui perkara ini membuatkan saya resah kalau saya buat kerja itu (promosi barang zns), duit sudah digunakan sebab tugas sudah lama disiapkan. Sesebuah kempen ada tempoh serta tarikh tertentu yang menuntut saya untuk ‘post’ kandungan bagi produk tersebut. Jadi, saya terpaksa berunding untuk ‘potong’ (batalkan), sebab faham perkara ini terlalu sensitif. Jujurnya, apa yang berkenaan produk diboikot, saya terpaksa ‘potong’, yang mana sudah dikeluarkan, saya biarkan.”

Ryan berkata demikian ketika ditemui pada majlis Lepak Bersama Indigital Music yang diadakan di sekitar ibu kota, baru-baru ini. Dalam pada itu, bapa kepada seorang cahaya mata itu bersyukur apabila pihak ‘endorsement’ memahami pendiriannya dan keputusan yang dilakukan. “Saya percaya dengan rezeki Allah. Saya tiada rasa ragu-ragu dan maklumkan kepaada endorsement, minta maaf pada mereka kerana saya tidak boleh perkara ini. Alhamdulillah client dan pada pihak pengurusan, Indigital Music faham mengenai pendirian saya.

Bagi saya, keberkatan dalam pekerjaaan sangat penting dan kalau boleh saya elakkan perkara melibatkan barangan Isrl. Dulu memang saya kurang cakna, sekarang apabila saya tahu, barulah saya mula buka mata dan faham. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.