Walaupun suami lupa ulangtahun kelahiran, Isteri Atu Zero luah rasa syukur dapat hadiah bawa pergi masjid

Perkongsian pelawak Atu Zero menjadi perhatian di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kunal Doli Sharif, 32, membuat ucapan ulang tahun kelahiran isterinya, Shafeeqa Johari. “Jujur saya cakap, minta maaf sayang sebab saya lupa lagi kali ini hari jadi sayang. “Kalau tahun sebelum ini adik ipar saya kasi ingat, tapi kali ini apa pun tidak ingat. Minta maaf ya sayang @shafeeqa_johari.

“Tidak banyak b mau cakap, terima kasih sudah menjadi isteri yang baik, ibu yang baik dan kawan yang baik. Kejayaan yang b ada sekarang ini, sayang adalah antara asbabnya. Semoga rahmat Allah SWT sentiasa bersamamu sayang,” tulisnya. Menjengah ke profil Shafeeqa pula, dia turut membuat penghargaan kepada suaminya itu. Ibu kepada dua cahaya mata itu turut terharu apabila Atu membawanya ke masjid pada hari istimewanya itu.

“Hadiah… tiada hadiah seindah hadiah darimu Ya Allah. Sebaik-baik pemberianmu adalah seorang suami kepadaku. Ditambah lagi dengan dua orang anak yang sentiasa menjadi ‘exam’ kehidupanku… kehidupan yang seimbang bersama, syukur Alhamdulillah. Officially 37. Terima kasih semua atas ucapan..anda tahu siapa anda.. saya sangat hargai. Terima kasih @akueatu atas hadiah di pagi hari… dia bawa pergi masji lepas tu terus pergi shooting.

Doakan dia terus dilimpahi rezeki supaya pengurusan jnzh percuma kami dapat bergerak dengan lancar, itu hadiah yang paling sempurna buat saya,” tutupnya. Untuk info, Atu dan isterinya aktif usahakan program pengurusan jnzh di Kudat, Sabah sejak 2019 lagi. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.