Shuib muat naik video ziarah psara Siti Sarah, ramai pula yang sebak tengok Ayash

Pemergian penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah kira-kira tiga tahun lalu memberi kesan yang mendalam terhadap setiap ahli keluarga dan peminat-peminatnya. Terbaru, suami kepada arwah iaitu Shuib membawa anak-anaknya menziarahi pusara ibu kandung mereka. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Shuib bersama ibu, isterinya, Watie Hanifiah serta anak-anaknya iaitu Ariq Matin dan Ayash Affan menziarahi kubur arwah Sarah. Paling meruntun perasaan apabila anak bongsu Shuib iaitu Ayash yang berusia 2 tahun menyentuh batu nisan arwah ibunya. Klik sini untuk lihat video.

“Ibu, Ayash datang ni. Kami terlalu rindu ibu dari hari pertama, hari ini dan selamanya. InsyaAllah kita jumpa akhirnya disuatu hari yang paling indah. Amin.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat momen tersebut selain turut mendoakan agar arwah Sarah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Dalam pada itu, mereka juga memuji sikap Watie yang disifatkan ikhlas menyayangi anak-anak tirinya.

“Ayash satu-satunya anak arwah yang tak sempat didodoi mahu pun disusukan arwah. Semoga bersatu kalian di syurga. Tengok Ayash auto sedih sebab dia tak sempat tengok ibu dia. Tak kenal Watie, tapi jadi suka dan sayang pula dengan dia. MasyaAllah, baiknya Watie ni. Bagusnya Watie ni, beruntung Shuib dapat Watie yang faham. Semoga sentiasa dimewahkan rezki sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan Shuib sekeluarga.” Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum itu, arwh menjalani operasi melahirkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan. Jnzh kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak. Shuib kemudian mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.