Geram bila 3 org anak tak balik tengok, warga emas ni nekad ubah wasiat agihkan RM13.3 juta pada haiwan peliharaan

BAGI pencinta binatang, haiwan peliharaan sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri. Ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit demi memberi keselesaan kepada haiwan peliharaan. Seperti wanita ini, dia telah tinggalkan keseluruhan hartanya kepada haiwan peliharaan. Memetik laporan SCMP, warga emas dari Shanghai, China ini telah mengagihkan 20 juta yuan (RM13.3 juta) untuk kucing dan anjing peliharaan. Menerusi wasiat awal yang dibuatnya beberapa tahun lalu, kesemua harta dan wang tersebut telah diagihkan kepada tiga anaknya.

Namun, dia berubah fikiran tentang harta pusaka berikutan anak-anaknya tidak menziarahi atau menjaganya ketika sakit. Dia menukar wasiatnya dan menegaskan semua wangnya mesti digunakan untuk menjaga haiwan peliharaannya serta anak mereka selepas dia tiada. Sebuah klinik veterinar tempatan telah dilantik sebagai pentadbir harta pusakanya dan bertanggungjawab untuk menjaga haiwan tersebut. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.