Puteri Sarah teruk kena kritik dengan warganet sebab hisap rkok elektronik, sekali ini pula penjelasan dari pembantu peribadi

Baru-baru ini, tular sebuah video yang mencetuskan kekecohan di TikTok apabila bekas isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana dilihat kantoi menghisap vape atau rokok elektronik ketika sesi live. Menerusi video tersebut, dapat dilihat Puteri Sarah rancak bersembang mengenai isu pecah amanah sebelum beberapa kali dilihat menghisap vape dan menghembuskan asap ke skrin. Klik sini untuk lihat video.

Susulan itu, ramai di kalangan warganet meluahkan rasa kecewa melihat sikap selebriti tersebut dan meminta penjelasan di sebalik tindakannya itu. Namun dalam satu lagi video yang tular, pembantu peribadi Puteri Sarah, Acu tampil memberikan penjelasan dengan mengatakan bahawa vape tersebut merupakan miliknya. Dia kini sedang dalam proses untuk berhenti merokok kerana sebelum ini merupakan perokok tegar. Malah Acu juga menjelaskan yang vape itu dibelinya ketika di Jakarta dan kandungannya adalah tanpa nikotin.

Acu juga pada masa yang sama meminta maaf kerana menghulurkan vape tersebut kepada Puteri Sarah. Selain itu, rakan baik kepada Puteri Sarah juga mempertahankan pelakon itu dan mengatakan jika benar sahabatnya melakukan perkara tidak elok, sudah pasti dia telah menegurnya. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.