Demi nak lunaskan hutang pada Hidayah, Ali Puteh nekad untuk jual kereta dan motor miliknya

Umum mengetahui, pelawak dan pelakon Ali Puteh sebelum ini pernah menyertai beberapa program lawak di Malaysia dan menjadi pemenang. Terbaharu, menerusi perkongsian di TikTok @pojie.pidon, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dilihat sudah menjual trofi tersebut. “Sold. Sayang memang sayang. Terjual semua piala kenangan (program lawak). Insya-Allah ada rezeki lain nanti Ali Puteh dan Melati Fitri (isteri Ali).” Klik sini untuk lihat video.

Menurut sumber yang diterima, tindakan pelawak berusia 35 tahun itu menjual tujuh trofi kemenangannya bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang kepada kakak iparnya, Nurhidayah Hamzah. Antara trofi yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan beberapa lagi. Sementara itu, menerusi satu hantaran di Instagram, Ali turut menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya. Dalam video yang dikongsikan, isteri Ali, Melati Fitri dilihat gagal menahan air mata apabila harta peribadi milik mereka terpaksa dilepaskan kepada pemilik baharu.

Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.