Ramai yang perasan muka Talita lain bila Shuib makan bersuap, sekali ini respon dari Watie

Isteri pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah baru-baru ini berkongsi momen mesra mereka bersama dalam satu video di Instagram. Menerusi perkongsian tersebut, Watie memuat naik video memaparkan dia sedang ‘picnic’ bersama suami tersayang dan anak-anak. Dalam video tersebut juga, Watie sedang menyuap Shuib selepas usai bekerja. Namun begitu, wajah puteri sulungnya, Talita menjadi perhatian warganet yang kelihatan seperti tidak selesa dalam keadaan tersebut. Klik sini untuk lihat video.

Malah, menjengah ke ruangan komen ramai yang mendakwa Talita seakan tidak bahagia serta seperti sudah tak ada ‘mood’. “Talita tu always mood swing tau.. Anak number dua sangat!,” kata warganet. “Ye la cian tgk dia moody jerr mungkin teringat mummy (allahyarham Siti Sarah) dia gaknya,” tulis warganet. Tidak berdiam diri, Watie tampil membalas komen-komen negatif tersebut mempertahankan Talita. Jelas Watie, Talita seorang anak yang tidak suka kepanasan serta menegaskan puterinya itu sering kali teringat terhadap allahyarham ibunya.

“Dia memang anak yang terpaling tak suka duduk bawah panas.. tapi demi daddy, dia gagahkan juga. “Jangankan masa gini,sepanjang masa pun dia akan ingat ibu dia..Tak perlu tunggu waktu panas terik baru nak teringat ibu. “Tapi saya rasa mak-mak semua pun tahu, tak kira mak kandung, kira mak tiri, memang akan ada anak yang tak suka duduk tengah panas, tapi sebab sayangkan bapa, sebab dia anak yang baik, walaupun dia tak suka dia tetap ikut.. “Takkan duduk tengah panas terik dia nak senyum ketawa berguling.. mesti lah ada time reaction muka tu muka rengsek,” bidasnya.


Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang turut mempertahankan Talita, Shuib dan Watie di mana menurut mereka ada sahaja perkara mengenai perkara ini akan dijadikan satu masalah. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.