Dah lakukan beberapa cara untuk lunaskan bayaran hutang, Ali Puteh tampil dedah kronologi usaha untuk selesaikan kes saman RM60 ribu

Kemelut yang berlaku antara pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah Hamzah terus berlarutan hingga ke hari ini. Terbaharu, menerusi hantaran di TikTok, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkongsi kronologi mengenai isu yang didakwa tidak membayar duit saman kepada Hidayah. Menurut Ali, dia sudah pun melakukan beberapa cara untuk melunaskan bayaran hutang berjumlah RM60,000 kepada balu abangnya itu. Antara usaha yang dilakukan sebelum ini termasuklah menjual tiga buah motosikal miliknya berjumlah RM52,000 dan membayar secara ansuran. Klik sini untuk lihat video.

Pun begitu, Hidayah didakwa enggan menerima cara pembayaran tersebut, sebaliknya mahukan dalam bentuk wang tunai. Ali kemudian memaparkan perjanjian yang telah ditetapkan yang mana baki bayaran dalam bentuk wang hanyalah RM23,000 dan selebihnya bayaran boleh dilakukan dalam bentuk aset iaitu motosikal. Dalam pada itu, Ali turut mempersoalkan tindakan Hidayah yang didakwa telah memburukkan namanya di media sosial dengan memuat naik kenyataan berbentuk fitnah.

Kata Ali lagi, dia juga sedang berusaha mengumpal wang dengan cara menjual sambal petai yang diusahakan untuk membayar baki saman tersebut. Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.