Tengah hangat pasal suami nikah dengan Marissa Dania, sekali ini pula respon dari Umisya Mazlan

“No comment’ (tiada komen).” Demikian kata isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan atau Misya mengenai dakwaan suaminya berkahwin dengan anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim pada Disember lalu. Misya ketika dihubungi Harian Metro berkata, perkara itu sebaiknya dijawab oleh Aslam atau Marissa. “Rasanya lebih baik bertanya kepada mereka. Maafkan saya,” katanya. Terdahulu, Harian Metro melaporkan Aslam dan Marissa berkahwin di Songkhla, Thailand ketika Masya menunaikan umrah.

Malah, sumber Harian Metro berkata, Marissa dan Aslam berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga Marissa. Kisah pasangan ini tular apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya Mazlan sehingga berpisah. Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam edah. Sumber: Berita Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.