PELAKON Azira Shafinaz memberitahu dia masih lagi bahagia bersama teman lelakinya meskipun sudah 12 tahun menjalinkan hubungan istimewa. Azira atau Azira Shafinaz Ramlan, 33, berkata berat badannya dilihat sedikit susut bukanlah kerana sedang kecewa sebaliknya persiapan untuk drama yang akan datang. “Tak adalah (kecewa)… nak putus cinta dengan siapa? Masih bahagia sampai sekarang. Alhamdulillah, orang yang sama… 12 tahun kami bersama,” katanya.
Azira berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara Raya 2024 Couture Collection by Rizman Ruzaini yang berlangsung pada malam Selasa di ibu kota. Kata Azira, dia dan pasangan bagaimanapun belum ada merancang untuk mendirikan rumah tangga, namun mengakui sudah mengadakan perbincangan diantara mereka mengenai perkara itu. “Mestilah kami ada bercakap-cakap tapi nak kongsi apa-apa pun tak boleh lagi. Kalau sudah ada pengesahan baru saya boleh kongsi kepada semua. InsyaAllah… doakan untuk saya. 33 tahun memang masa yang sesuai berkahwin,” ujarnya.
Kata Azira lagi, dia sudah lama bersedia untuk mendirikan rumah tangga namun masih menunggu masa yang sesuai. “Saya sendiri dah bersedia untuk berkahwin… kalau kita nak tunggu sampai bila tak sedia. Jadi saya hanya bertenang dan tunggu masa yang tepat,” kongsinya. Pada Oktober 2023, Azira seolah-olah memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujangnya apabila berkongsi ucapan romantis buat kekasihnya yang dikenali sebagai Yasser Khan. Azira juga berkongsi foto kekasih hatinya berserta kapsyen seakan menanti giliran disatukan sebagai suami isteri tidak lama lagi.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.