Satu keputusan yang paling berat, BCL akui dah berbincang dengan keluarga Ashraf sebelum buang nama Sinclair di laman ig

PENYANYI dan pelakon Bunga Citra Lestari (BCL) mengakui tindakan menukar nama bclsinclair di akaun Instagram (IG) miliknya adalah satu keputusan paling berat yang pernah dilakukan. Memetik laporan Hotdetik, Bunga, 41, memberitahu dia memang berniat untuk memadam nama keluarga arwah suaminya iaitu Ashraf Sinclair, namun mengambil masa yang agak lama disebabkan masih bersedih dengan pemergian insan tersayang itu. “Ya memang baru-baru ini saya sudah memadam nama itu (sinclair) dan menjadikan akaun itu dengan nama saya sahaja.

“Saya perlu menghormati situasi kerana ingin memulakan kehidupan baharu tapi waktu itu saya masih berduka dan mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan (menukar nama) itu,” katanya ketika temu bual bersama Trans TV. Dalam pada itu, Bunga mendedahkan dia sudah mengadakan perbincangan dengan keluarga Ashraf sebelum mengambil keputusan untuk menukar nama itu di Instagram. Bagi Bunga, akaun tersebut mempunyai banyak kenangan dan menjadi saksi perjalanan hidupnya bersama Ashraf.

“Saya juga sudah berbincang dengan keluarga saya dan keluarga Asharaf sebelum mengambil keputusan itu, ya jadi keputusan itu adalah keputusan bersama. Sukar bagi saya untuk melepaskan sesuatu kerana sudah menganggap Instagram sebagai memori kisah saya bersamanya (Ashraf),” ujarnya. Pada Disember tahun lalu, Bunga dilihat sudah tidak lagi menggunakan nama bclsinclair di Instagram beberapa hari sebelum mendirikan rumah tangga semula. Penyanyi lagu Cinta Sejati itu memadam nama keluarga Ashraf dan menggantikan dengan username baharu iaitu itsmebcl.

Tindakan Bunga mengundang pelbagai reaksi daripada warganet serta peminat dan rata-ratanya dilihat menyokong penyanyi berkenaan untuk meneruskan kehidupan bersama pasangan baharu. Untuk rekod, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan. Ashraf pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.

Bunga kemudiannya bernikah dengan Tiko Aryawardhana pada 2 Disember tahun lalu di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.