Ada yang sindir bila tutup kafe, sekali ini luahan dari Ustazah Asma Harun

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun atau biasa disapa Ustazah Asma’ terima dengan lapang dada segala sindiran dan pelbagai kata hinaan susulan pengumuman penutupan kafe miliknya. Ujarnya menerusi hantaran di Facebook, dia telahpun memaafkan semua kritikan, makian, hinaan, sangkaan buruk serta pelbagai lagi kata-kata negatif yang dilontarkan kepadanya. Dalam pada itu, pendakwah berkenaan telah menulis penjelasan berkenaan isu penutupan kafenya susulan banyak salah faham diterima terutama alasannya menghentikan pengoperasian disebabkan kenaikan harga bahan mentah.

“Sangat terkilan apabila banyak pihak yang memutarbelit, menokok tambah dan memberi gambaran bahawa seolahnya saya menyalahkan pihak KERAJAAN, susulan kenyataan saya bahawa kenaikan harga barang yang menjadi antara faktor kerugian. Saya mohon hentikan kenyataan berbaur fitnah ini. Saya tidak pernah sekalipun menyebut walau sepatah perkataan yang mengaitkan pihak kerajaan dengan situasi ini. Kenaikan kos sara hidup adalah ISU GLOBAL, bukan hanya di negara MALAYSIA. Bahkan di Tanah Suci Makkah Madinah juga harga makanan turut naik mendadak.

“Seperti dinyatakan, antara faktor utama kerugian ialah penetapan harga yang tidak tepat seiring kenaikan kos bahan mentah semasa. Puncanya kami agak keberatan menaikkan harga, kerana mahu para pelanggan dapat menikmati sajian pada harga yang berpatutan,” jelasnya. Walaupun menerima pelbagai krtikan disebabkan isu terbabit, Ustazah Asma’ menerima segala kritikan tersebut dengan lapang dada dan menyedari bahawa banyak kerja yang dilakukan tidak sempurna sebelum ini.

Ujarnya, dia mengumumkan penutupan kafe miliknya secara siaran langsung bertujuan untuk memberitahu para pelanggan yang mungkin datang dari jauh agar tidak kecewa apabila datang ke lokasi namun terdapat notif penutupan. “Tujuan utama pengumuman dibuat secara live adalah kerana ramai pelanggan kami datang daripada jauh, termasuk daripada Singapura. Maka ‘Live’ adalah saluran yang paling cepat dan berkesan, saya tidak mahu mereka hanya tahu premis ditutup melalui notis yang ditampal. Ia pasti menyusahkan dan mengecewakan,“ katanya.

Namun begitu, beliau menyatakan bahawa perniagaan-perniagaannya yang lain masih berjalan dengan baik dan lancar. Kafe Momen yang dibuka sebelum ini merupakan antara cabang perniagaan mereka. Susulan daripada itu, beliau berharap agar orang ramai dapat berkata yang baik-baik sahaja dan seeloknya diam daripada terus menyakiti oerang lain. “Berkatalah yang baik, atau sebaiknya diam daripada menyakiti. Doakan semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan jihad ekonomi ini,” katanya lagi.

Terdahulu, pendakwah selebriti itu memaklumkan dia terpaksa menutup operasi kedai makannya setelah melakukan pelbagai usaha bagi menampung kerugian lebih RM30,000 setiap bulan. Pihaknya telah melakukan pelbagai usaha termasuklah membuat pinjaman, menjual aset-aset serta menggadaikan barangan kemas miliknya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.