Simpati melihat keadaan telefon bimbit pelakon Azar Azmi yang retak teruk, usahawan sensasi Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida menghadiahkan sebuah iPhone 17 Pro Max lengkap dengan ‘casing’ mahal. Menerusi perkongsian di platform TikTok, Vida menyatakan dirinya cukup dia tersentuh melihat telefon digunakan Azar ketika sesi siaran langsung, malah peranti itu juga dipinjam daripada kenalan. Klik sini untuk lihat video.

“Kenapa saya nak belikan telefon untuk dia? Sebab masa ‘live’ dengan saya, saya tengok telefon dia… memang retak teruk. Telefon yang dia pakai pun pinjam. Saya terus rasa nak hadiahkan dia telefon baharu,” katanya. Dalam video tersebut, jelas di wajah reaksi terkejut Azar sewaktu menerima hadiah berkenaan. Vida turut memaklumkan pembelian dibuat secara rahsia dengan bantuan pengurus pelakon itu tanpa pengetahuan Azar.
“Saya nak mudahkan kerja dia dengan ada telefon baharu. Saya siap pilihkan ‘case’ yang mahal. Saya pilih iPhone 17 Pro Max 512GB supaya senang untuk dia buat kerja. Saya pilih apa yang saya suka untuk bagi dekat Azar,” ujarnya. Dalam masa sama, Vida berharap hadiah tersebut dapat membantu Azar terus maju dalam kerjaya khususnya dalam bidang digital. “Semoga Azar boleh melangkah lebih jauh, lebih hebat dan berjaya dengan adanya telefon yang boleh membantu dia cari rezeki dalam bidang online,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui simpati dengan nasib dialami oleh pelakon terbabit, lebih-lebih lagi sejak mengetahui kehidupannya sepanjang menghilangkan diri dari industri seni. Dalam pada masa yang sama, mereka turut memuji usaha usahawan terbabit dalam membantu mereka yang sedang berada dalam kesusahan untuk bangkit dan memulakan kehidupan mereka semula.



Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.