Mohon doa moga diberikan kebahagiaan, ramai yang tertanya tanya bila Datin Red muat naik gambar depan mahkamah

Isteri pertama kepada Datuk Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet apabila memuat naik fotonya berada di sebuah mahkamah syariah menerusi hantaran Instagram (IG) Stories.

Menerusi hantaran tersebut, Norshafila yang turut dikenali sebagai Datin Red itu berkongsi nukilan bahasa Arab meminta agar dirinya menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT. Madu kepada penyanyi Adira Suhaimi itu turut memberikan bayangan bahawa dia percaya dengan takdir yang telah ditentukan buatnya. “Serahkan urusanmu kepada Allah, senyum dan tenanglah. Jika sesuatu datang kepadamu, ia pasti milikmu. Dan jika sesuatu itu tidak datang kepadamu, maka pasti sesuatu itu tidak sesuai untukmu. Teruslah percaya kepada Allah dan ucapkanlah Alhamdulillah.”

Menerusi hantaran lain, Datin Red berkongsi bahawa dia sudah pun merasakan pelbagai ujian kehidupan dari segi ekonomi, pekerjaan, hubungan dan keluarga. Datin Red dilihat turut berkongsikan foto dirinya berada di perkarangan sebuah mahkamah syariah sambil menggunakan lagu nyanyian Agnes Monica yang berjudul ‘Rapuh’. “Ujian apa lagi yang belum aku rasakan. Ekonomi, keluarga, hubungan, pekerjaan. Semuanya telah diuji kepadaku. Bahkan, berada dititik paling bawah pun telah aku rasakan. Ya Allah, boleh kah aku meminta bahagian bagi kebahagiaanku?”

Sekadar info, Datin Red merupakan isteri pertama bagi Datuk Red dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dengan lima orang cahaya mata. Datuk Red kemudiannya bernikah dengan penyanyi Adira Suhaimi di Songkhla, Thailand pada tahun 2015 lalu dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata. Untuk rekod, Adira kini dalam proses perpisahan selepas memfailkan permohonan tersebut pada 25 Oktober. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.