Teruk kena kritik dengan warganet sebab jemput Hot Daddy ke podcast, sekali ini pula penjelasan dari utuber

Baru-baru ini, YouTuber dan pempengaruh, Bros Gang TV (BGTV) menerima kritikan teruk apabila mereka menjemput tertdh bagi kes pensndln yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ ke program podcast mereka. Sedar diri mereka menjadi bualan wargamaya, pihak BGTV tampil memberikan penjelasan terhadap tindakan mereka menjemput individu tersebut ke program podcast mereka. Menurut mereka, apa yang berlaku sewaktu sesi podcast tersebut adalah realiti kehidupan yang tidak didedahkan kepada khalayak ramai.

“Di dalam podcast tersebut, beberapa perkara telah berlaku. Pendebatan yang hebat antara kami dan tetamu. BGTV adalah satu platform ‘reality showcase’. Maka segala video yang dikeluarkan adalah berdasarkan realiti kehidupan.” Tambah BGTV, mereka juga sama sekali tidak pernah menyokong mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak bermoral. “Untuk pengetahuan semua, BGTV tidak pernah menyokong mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak bermoral.

Malah, BGTV melwn dan mencegah perkara-perkara tersebut. Terdahulu, foto bersama yang dimuat naik oleh BGTV telah mengundang kritikan warganet. Menurut warganet, adalah tidak wajah untuk mereka menjemput seseorang individu yang secara terang-terangan terlibat dalam aktiviti persndln di media sosial dan kini sedang berdepan dengan kes mahkamah.

Sekadar info, seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ dan dua teman wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persndln menerusi aplikasi X. Mengikut pertuduhan, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, bersama dua teman wanitanya Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, dituduh mengikut Seksyen 372 (1)(e) dan dibaca bersama bawah Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman pnjra 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.