Devid Beckham muat naik gambar depan KLCC, tapi komen Datuk Aliff pula yang menjadi perhatian warganet

Selebriti bola sepak, David Beckham mencuit perhatian warganet tempatan apabila memuat naik sekeping foto di Instagram yang berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Difahamkan David Beckham tiba di Kuala Lumpur malam semalam bagi menjayakan jelajah bersama jenama sukan popular, Adidas. “I mean… wow… What a view, what a city,” tulisnya ringkas. Melihat pada ruangan komen, ramai dalam kalangan selebriti Malaysia memberikan ucapan selamat datang kepada David, antaranya penyanyi Shiha Zikir dan juga usahawan Datuk Aliff Syukri.

Shiha secara berseloroh mengajak suami kepada Victoria Beckham itu berduet lagu This & That dengannya sementara Aliff Syukri pula memberi pesanan yang dia merupakan artis nombor satu Malaysia. Acara tersebut dijadualkan berlangsung di butik Adidas, The Exchange TRX petang ini.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.