Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan memaklumkan bahawa dia dan suami, Dr Siew Jim Ding sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata pertama mereka. Ketika dihubungi, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy berkongsi dia kini sudah bersedia jika dikurniakan anak dalam masa terdekat. “Suami saya dan saya tengah mencuba untuk dapat anak, tetapi belum ada rezeki lagi setakat ini. Menurut penyanyi berusia 31 tahun ini, dia dan suami sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat dalam masa dua bulan ini.
“Harapnya dalam dua bulan ini kami boleh dapat la. Saya harap saya akan dapat ‘baby naga’. Terdahulu, pelantun lagu Semua Sudah tersebut pernah menyatakan hasrat untuk bergelar ibu pada tahun lalu namun bimbang akan menjejaskan karier selain risau dengan keadaan kewangannya dan suami. Untuk info, Lizzy mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 20 Mac 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika itu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.