Redha terima segala yang berlaku dalam kehidupan, Erra Fazira kongsikan tentang maksud pasrah

Suatu ketika dahulu filem dan lagu Pasrah yang dipopularkan oleh pelakon serta penyanyi iaitu Erra Fazira, pernah menjadi fenomena di dalam dunia seni. Menerusi segment pagi bersama radio Kool101, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkongsi tentang maksud ‘pasrah’. “Kita ni dalam hidup, kita boleh berusaha dan buat sebaik mungkin tetapi keputusan..hasilnya kita kena pasrah. Sama ada menjadi atau tidak, jadi itulah maksud pasrah.”

Dalam pada itu, aktres jelita ini berkata dia reda menerima segala yang berlaku di dalam kehidupannya kerana telah berusaha sehabis baik. “Saya dah cuba yang terbaik dalam sebuah percintaan, mengharapkan yang terbaik, sentiasa berdoa tetapi Allah dorong ke arah yang lain. Jadi kita nak lawan ke? Kita tak boleh buat apa-apa, maka pasrah lah jadinya.” Sementara itu, Erra tidak menafikan ada individu yang cuba mendekatinya. Dia juga berpendapat bahawa perwatakan seseorang sangat penting terutama di awal perhubungan.

“Orang yang nak mendekati tu ada cuma saya rasa yang paling penting adalah pembawakan kita. Kalau pembawakan kita ‘menggelitat’, maka akan didekati dengan cara itu. “Tapi kalau kita bawa diri kita dengan cara yang betul, orang nak dekati kita pun segan.” Untuk info, pelakon filem Sembilu ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah dan penyanyi Yusry Abdul Halim pada tahun 2003 namun bercerai pada tahun 2006.

Erra kemudian berkahwin buat kali kedua dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya. Bagaimanapun, mereka bercerai selepas tujuh tahun bersama. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.