Tular video Khairul Aming puji masakan kedai nasi berlauk dekat Kota Bharu, sekali warganet pesan macam ni pada pemilik kedai

PEMPENGARUH masakan terkenal, Khairul Aming sememangnya menjadi inspirasi seluruh rakyat Malaysia terutama golongan muda dan usahawan. Tambahan pula, kejayaan demi kejayaan berjaya dilakarnya sejak bergelar usahawan Sambal Nyet. Malah produk terbaharu Dendeng Nyet Berapi yang baru diperkenalkan terus menjadi buruan masyarakat sehingga mencatat nilai jualan sebanyak RM1.2 juta dalam masa tiga minit di TikTok. Susulan populariti yang diterima, anak muda berusia 32 tahun ini sentiasa menjadi perhatian apabila berada di tempat awam. Klik sini untuk lihat video.

Seperti video tular, dia dilihat sedang menikmati makanan di sebuah kedai di Kelantan sebelum ditegur seorang individu yang dipercayai pemilik premis tersebut. Menariknya, Khairul Aming terus sahaja tersenyum dan bertegur lembut dengan individu yang menyapanya. Malah dia mengaku merupakan pelanggan setia di kedai tersebut dan sudah beberapa kali makan di situ. “Pelangge setio, doh brapo kali mari nih… keda sohor,” ujarnya bersahaja.

Rakaman video yang dikongsikan pelayar TikTok @sudinkubis ini mendapat perhatian warga maya sehingga menjadi tular di beberapa platform media sosial lain. Rata-rata warga maya memuji Khairul Aming yang dikatakan humble dan mudah didekati ketika ditemui para peminatnya. “Bagus Khairul Aming, walaupun orang berjaya… dia tak sombong, rendah diri. Makan pun tak perlu pilih-pilih tempat mewah. “Antara lelaki Kelantan idaman. Bukan sebab harta tapi sebab akhlak dan adab.

“Sebab itu Khairul Aming berjaya, cuba tengok cara dia bercakap pun penuh adab dan sopan… tak sombong. “Semakin dia berjaya, semakin dia ikut resmi padi,” ujar beberapa warga maya. Dalam pada itu, warga maya turut mengingatkan pemilik kedai tersebut supaya bersedia seandainya mendapat perhatian masyarakat dan diserbu peminat Khairul Aming. Tambahan pula pempengaruh tersebut secara tidak langsung memuji kedai makan berkenaan dengan menyatakan ‘pelanggan setia’. “Siap-siap bang, segala kelengkapan bila KA (Khairul Aming) dah datang ni confirm kena serbu

“Dah berapa kali dia pergi kedai ni, maknanya sedaplah tu,” ujar beberapa pelayar TikTok lagi. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.