Walaupun dah berumur masih jadi pelajar, Ds Ismail Sabri kini sambung pengajian di UUM

Perdana Menteri Malaysia Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa beliau kini menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah. Menerusi perkongsiannya di Instagram, Ismail yang kini berusia 64 tahun memuat naik foto kad matrik yang diperolehinya dan beliau kini rasmi menjadi pelajar semula di universiti berkenaan. “Alhamdulillah hari ini dapat kad pelajar. Rasmi, hari ini saya jadi pelajar. “Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar. Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat,” tulisnya diruangan kapsyen.

Walaubagaimanapun, beliau tidak berkongsi secara terperinci mengenai butiran pengajiannya. Untuk makluman, Ismail pernah melanjutkan pengajian dalam jurusan undang-undang di Universiti Malaya (UM) dan menjadi seorang peguam pada tahun 1985 sebelum terlibat dalam bidang politik. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.