Individu ni kutuk isteri sebab menangis jual kereta, Ali Puteh tawarkan RM500 kalau dapat jejak wanita ni

Baru saja menjadi sebutan ramai selepas berjaya mengumpul RM75,000 bagi melangsaikan hutang kepada Nor Hidayah, Ali Puteh semalam meluahkan rasa marahnya terhadap sebuah video kritikan yang kini tular di media sosial. Menerusi posting yang dimuat naik di TikTok, ia memaparkan seorang wanita yang menyampaikan teguran buat isteri Ali Puteh yang menangis ketika pasangan itu berjaya menjual kereta Honda demi melangsaikan hutang kepada balu Allahyarham Abam Bocey. Klik sini untuk lihat video.

Menurut wanita itu, dia menegur sikap isteri Ali Puteh yang menangis ketika menjual kereta kesayangan mereka, walhal isteri pelawak itu sepatutnya gembira kerana si suami sedang melangsaikan hutang supaya tidak menjadi bebanan di kemudian hari. “Sepatutnya engkau kena happy laki engkau jual semua harta dia untuk bayar hutang. Ini aku tengok news article, kau nangis. Kau jenis perempuan apa ni? Suka tengok laki kau hutang sana sini? Lepas tu kau orang enjoy, korang tak nak bayar hutang orang lain. Mana boleh…

Kau tahu tak sekiranya laki kau meninggal, kalau banyak hutang anak-anak kena bayar tau? Ahli keluarga kena bayar tau. Oi hutang kena bayar, itu je,” katanya. Bengang dengan teguran panas diberikan oleh wanita itu, Ali menerusi ruang kapsyen menyatakan bahawa dia akan menyediakan ganjaran wang sebanyak RM500 jika ada pihak berjaya menjejak wanita berkenaan yang dipercayai tinggal di Johor. “Aku agak dah akan muncul macam ni. Isteri aku pula kau petik. Ada siapa boleh carikan manusia ni? Dengar duduk Johor. Esok kebetulan ke Johor. Siapa ada nombor atau alamat, RM500 saya bagi tau. Kau petik bini aku eh,” tulisnya.

Video berkenaan walau bagaimanapun mendapat respon yang pelbagai, ada di antaranya menyokong Ali Puteh dan ada pula mengiyakan kata-kata wanita berkenaan. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.