Lama dah menyepi, Izreen Azminda umum kini tengah hamil anak keempat

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon, Izreen Azminda berkongsi berita gembira dirinya kini sedang hamil cahaya mata keempat. Menerusi perkongsian di Instagram, Izreen memuat naik sekeping foto memperlihatkan bentuk perutnya yang hamil (baby bump) beserta kapsyen rasa syukur kepada Allah. Bagaimanapun pelakon drama Hadiah Dari Tuhan itu tidak mendedahkan usia kandungannya. “Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi tahun ini.” Dalam perkongsian sama, aktres berusia 38 tahun itu turut mendoakan para wanita di luar sana yang berjuang untuk mendapatkan cahaya mata agar tidak berputus asa.

“Bagi yang tengok gambar ini, saya doakan buat awak semua pejuang TTC (trying to conceive) supaya dikurniakan malaikat-malaikat kecil satu hari nanti, insya-Allah.” Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas menitipkan ucapan tahniah buat Izreen. Sekadar info, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Muhamad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada Ogos 2017. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.

Izreen juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Adrian Umar hasil perkahwinan terdahulu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.