Individu kerja gomen mengeluh sebab tertekan dengan bebanan kewangan, ibu siap ugt tak nak halalkan susu kalau tak tolong keluarga

Tidak dinafikan, membalas jasa ibu dan membantu adik-beradik lain yang susah itu adalah satu satu cara untuk kita dapat keberkatan dalam rezeki, tetapi janganlah sampai memudaratkan diri. Malah, si ibu dan keluarga lain pun patut kena ada common sense untuk tidak terlalu bergantung kepada ahli keluarga yang mampu menanggung itu. Kisahnya, apabila ada individu ini mengeluh kerana tertekan dengan bebanan kewangan akibat terlalu mengikutkan kehendak keluarga.

“Masalah ini bermula sebab nak sangat mengikut kehendak keluarga. Fikir syurga bawah tapak kaki ibu. Buat loan bantu family yang susah, buat bisnes, buat rumah bagi mereka. Akhirnya tak dihargai pun dan tak mendatangkan sikit pun pulangan. Ibu pula lebihkan adik-beradik yang tidak bekerja, selalu minta modal untuk bisnes yang boleh dikatakan semuanya gagal. Apabila tak bagi, diungkitnya tidak sedar diri, tidak halalkan susu yang beri.” Allah, kalau nak cerita detail, sedih. Saya dan isteri dalam situasi yang sama banyak bantu keluarga. Keluarga ingat kita berduit jadi mereka anggap kami banker untuk mereka.”

Tambah lelaki itu, dia dan isteri bekerja sebagai penjawat awam Gred DG48 namun mereka dalam waktu yang sama turut mempunyai dua anak kecil yang tentunya menuntut perbelanjaan yang banyak. “Orang lain yang kerja sama dengan kami boleh hidup selesa, berjalan sana sini. Kami catu segala benda sebab bantu family.” Disebabkan itu, lelaki ini menjelaskan yang komitmen mereka kini mencecah 70 peratus untuk bayar komitmen orang lain. “Kadang baki tidak cukup untuk selesaikan komitmen keluarga kecil kami.”

Lelaki ini pernah berterus-terang ataupun meminta dibayar kembali bantuan yang dihulurkan, tetapi semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi, malah dilabel anak derhaka. “Setelah setahun tak balik kerana terasa dengan mereka. Apabila balik kampung, isu yang dibualkan mesti berkaitan dengan duit sehingga kami menjadi stres.” Luahan daripada lelaki itu telah mendapat sokongan moral warganet, rata-rata menasihatkan agar dia dan isteri untuk berhenti ikut telunjuk keluarga dan menasihati agar lebih tegas.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.