Ingatkan khabar angin, terkejut bila kakak ipar sahkan Aslam dah bernikah dengan Marissa Dania di Thailand

Kakak ipar kepada lelaki dikenali sebagai Aslam yang dikaitkan dengan Marissa Dania Hakim mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan pempengaruh media sosial itu di Songkla, Thailand pada Disember lalu. Memetik laporan portal OhBulan! wanita dikenali sebagai Nadiah Mazlan itu mededahkan secara ringkas, laporan media mengenai berita pernikahan itu adalah tepat. “Ya betul (Marissa dan Aslam) nikah di Thailand. Cerita sama macam apa yang dihebahkan,” jawapnya ringkas. Terdahulu, berita pernikahan anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi itu heboh diperkatakan sejak petang tadi.

Marissa dan Aslam yang masih berstatus suami dan bapa kepada dua cahaya mata itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isterinya, Misya Mazlan sedang menunaikan umrah. Pada September lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa. Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya dilepaskan suaminya. Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh idah.

Sementara itu, Marissa yang juga anak kedua daripada tiga beradik dilihat tidak lagi mengikuti ibu bapanya dalam laman sosial. Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati Abby masih lagi mengikuti akaun Instagram Marissa, tetapi Norman sudah menyahikut akaun anaknya. Sumber: Berita Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.