Selalu mesej dan bagi video lawak, pengurus dedah Erra Fazira sekat nombor telefon Zizan Razak

WALAUPUN tidak pernah ada masalah, pengurus Erra Fazira mendedahkan aktres berkenaan menyekat nombor telefon milik pelawak Zizan Razak. Erra atau Fazira Wan Chek, 49, bukan sahaja menyekat malah dia tidak menyimpan nombor telefon pelawak berkenaan. Dedah pengurusnya iaitu Sharendra Razak, Zizan sebelum ini sering menghantar mesej di WhatsApp namun aktres itu tidak pernah membalasnya.

“Ceritanya begini, Zizan selalu text Erra, kadang-kadang bagi video kelakar ke apa… Erra ni pula tak pernah respon walau satu pun. Lepas itu text itu satu tick sahaja. Senang cerita tak delivered text itu. Sekali agaknya Zizan dah geram, terus tanya depan-depan. Rupa-rupanya Erra tak simpan nombor telefon Zizan. Dahlah tak simpan, dia pergi block pula nombor, terus Zizan clueless,” katanya.

Sharendra berkongsi kisah lucu itu bercerita di Instagram Story miliknya. Video itu juga tular di aplikasi TikTok dengan jumlah tontonan hampir mencecah 200,000. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati dengan situasi berkenaan. “Janggal muka Erra bila dia sedar dia block lepas itu pandang Zizan. “Sentap terus member, ni mesti sebab kak Erra jarang pakai WhatsApp,kan? “Mesti Zizan rajin mengorat Erra ni, sampai kena block dah,” tulis warganet.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.