Nampak mesra dengan keluarga besar Neelofa, ramai yang puji sikap Amelia yang pandai bawa diri

Sepotong video memperlihatkan pelakon Amelia Christie bersama ahli keluarga selebriti terkenal, Noor Neelofa telah menjadi perhatian warganet. Menerusi video yang dimuat naik di TikTokĀ @Farrafareez_, Amelia dilihat sedang duduk di atas sofa bersama ibu dan adik Neelofa iaitu Datin Noor Kartini serta Ameera Khan. Difahamkan, video itu diambil ketika mereka singgah ke rumah salah seorang saudara Neelofa di Kelantan, baru-baru ini. Selain itu, turut dilihat suami kepada Kartini, Datuk Abdul Halim Khan, ibunya serta adik beradiknya yang lain. Klik sini untuk lihat video.

Mereka juga dihidangkan dengan beberapa menu masakan ala kampung oleh tuan rumah. Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji Amelia yang disifatkan begitu mesra dan mudah bergaul dengan orang. Sebelum ini, hubungan Amelia dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sering menyorot perhatian apabila didakwa sedang menjalin hubungan cinta. Bagaimanapun, Sharnaaz ketika disoal pengamal media, enggan mengesahkan hal tersebut meskipun mereka sering dilihat bersama. Malah, Amelia juga semakin rapat dengan bekas isteri Sharnaaz iaitu Noor Nabila serta anak mereka, Jebat Jayden. Amelia, Sharnaaz, Nabila dan Jebat juga sebelum ini pernah bercuti bersama-sama di Jepun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.