Susah nak sorok suara sebenar, Stacy akui pernah rasa nak pitam pakai kostum bunga matahari

SELAMA 10 minggu bersaing di pentas The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4), penyanyi Stacy bukan cabaran mudah buat penyanyi Stacy. Apa lagi dia perlu memakai kostum berat untuk beraksi di atas pentas menerusi musim yang disiarkan secara langsung tahun ini. Kata Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 34, dia pernah mengalami sakit badan dan migrain disebabkan kostum Bunga Matahari itu. “Ada minggu saya mengalami sakit belakang badan dan migrain sebab kostum itu sangat berat. Pernah juga rasa nak pitam ketika berada di atas pentas.

“Sebab itu saya kurangkan pergerakan ketika membuat persembahan. Saya lebih fokus kepada nyanyian sahaja. Saya pernah mendukung anak yang beratnya 12 kilogram dan rasanya sama seperti memakai kostum Bunga Matahari itu,” katanya. Stacy diumumkan sebagai juara pada konsert akhir TMSM4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDM, Kuala Lumpur pada malam Ahad. Meskipun sudah ramai menjangka Stacy adalah di sebalik kostum berkenaan, namun dia tetap mengunci mulut bagi mematahui peraturan program yang tidak membenarkan mana-mana peserta mendedahkan identiti mereka.

“Dari awal orang sudah mula ‘srng’ saya di sosial media kerana mereka tahu itu saya. Tetapi saya tidak boleh nak menjawab. Mungkin saya gagal untuk kelirukan orang, namun bagi peminat saya anggap ini satu kejayaan kerana sampai ke final. Ibu sendiri pun tidak tahu Bunga Matahari itu adalah saya. Sehingga minggu ketiga dia pernah bertanya. Apabila juri meneka nama, saya hanya mampu tergelak di dalam kostum itu,” ujarnya. Dalam konsert akhir itu, Stacy menyampaikan lagu Cinta nyanyian asal Marsha Milan dan juga Lathi (Genius ft Sara Fajira).

Berkongsi lanjut, Stacy memberitahu pihak produksi sudah mula melamar dirinya untuk menyertai program tersebut sejak musim pertama. Dalam masa sama dia juga tidak sangka peserta yang bukan latar belakang penyanyi juga mempu memberi saingan hebat di pentas berkenaan. “Rasanya pesaing paling kuat adalah Biskut Aiskrim (Adinda). Saya tidak sangka itu adalah Adinda yang pernah saya jumpa dahulu sewaktu dia menyertai program Ceria Popstar. Dalam masa sama pelawak-pelawak juga memberi saingan hebat. Saya juga amat kagum dengan Nabila Razali. Dia memberi persembahan yang sangat baik,” jelasnya.

Nabila Razali yang memakai kostum Teratai berada di tempat kelima dan Adinda pula tempat keempat. Sementara itu pelawak Namie (Mat Helang) muncul sebagai naib juara dan Danial Zain (Sang Kancil) ditempat ketiga. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.