Bercita cita nak jadi ahli perniagaan, ramai lagi yang tak tahu rupanya Marissa Dania seorang yang introvert

ANAKĀ perempuan kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania mendedahkan dirinya seorang introvert iaitu individu bersifat instropektif atau lebih gemar menyimpan sesuatu untuk diri sendiri. Marissa, 19, berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemu bual dalam satu rakaman video produk kecantikan yang bertanyakan tentang personaliti dirinya. “Saya seorang introvert,” jawabnya ringkas menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTokĀ @lovaacosmetics.hq. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi perkongsian video berkenaan, Marissa dilihat sedang ditatarias sebelum dipercayai terlibat dalam sebuah sesi fotografi. Pun begitu, jawapan yang diberikan oleh Marissa menerima pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya memberikan komen sarkastik terhadapnya. “Nampak saja lembut tapi bahaya. Diam-diam ubi berisi. “Tak macam introvert pun,” tulis warganet. Dalam pada itu, Marissa turut memberitahu sekiranya tidak bergelar pempengaruh media sosial, dia mungkin akan mengusahakan perniagaan disebabkan minat yang mendalam dalam bidang tersebut.

“Saya berminat dengan bisnes. Kalau saya tidak bergelar sebagai influencer mungkin saya akan menjalankan perniagaan,” ujarnya. Pada 7 Februari lalu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa sudah bernikah dengan Ahmad Aslam iaitu suami kepada Misya Mazlan. Marissa dan Aslam didakwa bernikah di Songkhla, Thailand ketika Misya mengerjakan umrah di Makkah pada 27 Disember tahun lalu. Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya berpisah namun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.