Tiada niat nak tayang kekayaan, Marsha Milan akui kurang senang bila tular video tour di rumah mertua

SENTIASA menjaga hal peribadi terutama melibatkan keluarga, penyanyi Marsha Milan kurang senang apabila video tour rumahnya menjadi perhatian umum baru-baru ini. Marsha atau Marsha Milan Londoh, 39, berkata dia sedia maklum video mengenai kediamannya itu tular namun menjelaskan rumah tersebut bukan miliknya tetapi keluarga mentua. Malah dia juga telah meminta pemilik video berkenaan untuk menurunkan rakaman tersebut selepas ia tular dan menjadi bahan perbualan dalam kalangan warganet.

“Saya sebenarnya tak berapa senang apabila video itu dikeluarkan kerana bagi saya rumah adalah perkara peribadi. Saya pun kalau kongsi di media sosial tak pernah tunjuk keseluruhan rumah sebab takut jadi apa-apa. Itu rumah keluarga mentua saya… tidak ada niat pun nak kongsi kekayaan ke apa. Cuma bila baca masuk telinga kanan keluar telinga kiri,” katanya.

Marsha berkongsi perkara itu semasa ditemui pada acara Meet and Greet Paling Ikonik Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada petang Ahad. Mengulas mengenai dia menetap bersama keluarga mentua, Marsha memberitahu dia tidak pernah merancang perkara itu sebelum ini. Namun dia bersyukur kerana dikurniakan mentua yang baik memandangkan rumah berkenaan agak besar sekiranya tinggal berdua sahaja.

“Mula-mula tak jangka yang saya akan menetap bersama keluarga mentua. Tapi, Alhamdulillah saya sudah biasa dengan mereka. Kalau duduk dengan suami sahaja, mungkin saya akan berasa sunyi. Lagipun duduk ramai-ramai macam ini ia menyenangkan saya,” ujarnya. Kata Marsha ada kelebihan dia tinggal bersama mentua kerana tidak perlu risau tentang suaminya apabila keluar berkerja. Menurutnya, dia bukan sahaja selesa sebaliknya dapat menjaga ibu mentuanya yang tinggal bersendirian.

“Kadang-kadang saya perlu seseorang untuk berada di rumah selepas saya pulang dari outstation. Saya akan tahu suami berada dalam keadaan baik sekiranya saya keluar bekerja. Mungkin semua orang tak boleh tinggal dengan ibu mentua, saya faham. Bagi saya, saya okay dan selesa. Lagipun ibu mentua saya tinggal seorang. Ayah mentua sudah tiada. Jadi bagus juga kami saling menjaga antara satu sama lain,” kongsinya. Sebelum ini, tular di media sosial seorang individu berkongsi video tour rumah berkenaan sehingga mencetuskan pelbagai komen jelik warganet.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.