Tak suka orang sabah, tak sangka rupanya ini sebab Fathia Latiff tak suka dengan orang Sabah

Hampir setiap hari, pasti ada sahaja isu yang timbul membabitkan pelakon kontroversi, Fathia Latiff di media sosial. Terbaharu, Fathia atau nama lengkapnya Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, berkata dia tidak menyukai dan membenci individu yang berasal dari negeri Sabah. Malah, aktres itu mendakwa masyarakat asal negeri di bawah bayu itu mengamalkan amalan syirik. “Orang Sabah sila jangan ganggu saya. Saya benci orang Sabah, orang syirik. Banyak orang Sabah yang syirik. Jadi saya palau (abaikan) orang Sabah.”

Fathia berkata demikian ketika melakukan sesi siarang langsung di TikTok miliknya, baru-baru ini. Dalam sesi tersebut, pelakon drama Ariana Rose itu berkata dia tidak mahu orang Sabah menonton siaran langsung berkenaan. “Orang Sabah jangan masuk sini (live), saya menyampah.” Pun begitu, aktres berkenaan tidak menyatakan alasan mengapa dia membenci masyarakat Sabah. Sebelum ini, nama Fathia menjadi bualan warganet selepas dia mengutuk beberapa rakan selebriti, antaranya Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Redza, Zarina Anjoulie dan beberapa lagi. Klik sini untuk lihat video.

Fathia pernah menggelar wajah Zahirah seperti pembantu rumah atau bibik dan mengatakan Aiman masih mencintai dirinya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.