Sepanjang kehamilan tiada alahan, Puteri Aishah luah rasa teruja nak jumpa dengan anak sulung

MENGHITUNG hari kelahiran anak sulung, pelakon Puteri Aishah berkata dia tidak berdepan sebarang alahan teruk sepanjang kehamilan ini. Aishah, 30, berkata pada awal kehamilan dia mudah berasa letih namun semuanya kembali normal selepas berakhirnya trimester pertama. “Trimester kedua saya dah okay. Cuma masa trimester pertama itu saja saya macam tak nak keluar rumah dan malas. Nak makan dan tidur saja, tapi tak muntah-muntah dan alahan saya sangat sederhana,” katanya.

Puteri berkongsi perkara itu semasa hadir di sidang media Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friend yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Isnin. Memasuki usia kandungan tujuh bulan, Aishah memberitahu dia tidak mengidam sebarang makanan pelik, namun hanya teringin menikmati kek tapak kuda. “Saya tak tahu rasa mengidam itu macam mana sebab apa-apa saya teringin saya beli saja. Cuma masa itu ada teringin kek tapak kuda sebab selalu lalu dekat sosial media. Tapi susah nak dapat jadi rasa macam lambatnya nak dapat dan buat saya rasa tertunggu-tunggu. Alhamdulillah dapat dan saya beli secara atas talian saja,” katanya lagi.

Sementara itu, Aishah memberitahu dia masih belum membuat sebarang persediaan kelengkapan bayi. Bukan itu sahaja, mereka juga masih belum memilih nama yang sesuai buat anak kerana masih keliru pilihan sesuai. “Saya dan suami sebagai pertama kali menjadi ibu bapa tidak tahu sebenarnya nak beli apa yang penting dan tidak. Kami tak nak main ambil saja tapi tak tahu benda itu penting atau tidak… jadi membazir. Nama pun belum ada lagi. Saya akan pilih nama kerana suami tak pandai sangat tapi saya dah beri beberapa nama tapi dia belum ada kata putus.

“Mungkin bila dah lahir nanti… Bila nampak muka dia sikit kami akan pilih nama yang sesuai,” ujarnya. Dalam pada itu, Puteri mengakui berasa sedikit bimbang memandangkan ini pengalaman pertama bakal melahirkan anak. Malah dia ada mendapatkan nasihat daripada rakan terdekat dan berharap dapat melahirkan anak sulung secara normal. “Risau sebab takut nak bersalin. Masa trimester pertama dan kedua saya tak rasa lagi baby bergerak tapi bila dah masuk ketiga ini dah rasa sepakkan dia. Bila scan nampak muka dia baru rasa ada bonding dengan baby. Sekarang rasa teruja nak jumpa anak sulung kami.

“Kalau ikut saya memang nak lahir semula jadi kalau boleh, tapi doakan semoga dipermudahkan,” kongsinya. Pada Januari lalu, Aishah berkongsi khabar gembira apabila dirinya kini sedang hamil anak pertama. Aishah membuat pengumuman tersebut secara ringkas di Instagram miliknya ketika sedang bercuti di Seoul, Korea Selatan bersama suami. Untuk rekod, Aishah dan Firdaus mendirikan rumah tangga pada November 2021. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.