Ramai yang menjauhkan diri bila berdepan dengan kontroversi rumahtangga, Shuk Sahar luahkan sesuatu

PERNAH melalui fasa sukar, pelawak Shuk Sahar memberitahu ramai rakan-rakan menjauhkan diri sejak dia berdepan pelbagai kontroversi rumah tangga sebelum ini. Namun ketika tempoh tersebut, Shuk atau Mohammad Shukri Mohammad Sahar, 38, berkata rakannya iaitu Shuib antara yang tampil memberikan bantuan. “Shuib antara orang yang banyak membantu. Dialah tempat saya mengadu ketika itu. Kita tahu Shuib seorang yang baik dan dia memang suka menderma,” katanya.

Shuk berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam segmen Close Up Pagi On Point di stesen radio Kool 101 pada pagi Selasa. Ketika bercakap bersama penyampai Haiza dan Muaz, pelawak itu turut mendedahkan Shuib pernah meminjamkan dia wang sebanyak RM10,000. Selain Shuib, pelawak Ebby Yus juga sering bertanya khabar meskipun mereka sebelum ini sering berjumpa atas urusan kerja. “Saya jumpa Ebby ketika waktu kerja sahaja, kami pernah jalani penggambaran bersama, tetapi semasa saya tiada apa-apa dia yang selalu hubungi.

“Ada ketika dia minta pembantu peribadinya dapatkan nombor akaun saya dan masukkam duit ke dalam bank,” jelasnya. Apa lebih menyedihkan apabila ada kenalan yang mula menjauhi diri dan isteri mereka melarang berkawan kerana kontroversi itu. “Ada juga kawan-kawan yang tak diizinkan berkawan dengan saya oleh isteri mereka. Bila saya hubungi rasa macam nombor kena block,” jelasnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.