Ramah bertegur dengan peminat, ramai yang kagum bila tengok Siti Nurhaliza sempoi je pergi pasar malam beli mainan anak

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza sempoi pergi pasar malam dan menegur para peminat yang perasan akan kehadirannya di lokasi tersebut. Dapat dilihat yang Datuk Seri Siti Nurhaliza atau selalu disapa TokTi membeli juadah serta mainan buat anaknya, Aafiyah dan Afwa. Difahamkan, TokTi yang diiringi oleh bodyguard dan abangnya terlihat simple dengan mengenakan dress bercorak dan tudung berwarna krim sambil menjinjing satu beg plastik dipercayai makanan yang di beli di situ. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi komen pengguna TikTok dikenali sebagai faizahfaizal1, penyanyi dan anak-anaknya ditemui ketika berkunjung ke pasar malam di daerah Kuala Lipis, Pahang. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji penampilan serta keramahan selebriti terbabit walaupun dia merupakan penyanyi nombor satu negara. Mereka juga berseloroh sewaktu melihat reaksi Siti Nurhaliza ketika melayani anaknya yang sedang memilih mainan di gerai menjual alat permainan di pasar malam berkenaan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.