Sebak bila tengok ank sedih nak pindah sekolah, sekali ibu bapa tunaikan permintaan anak nak bagi hadiah pada kawan kawan

Dalam rasa teruja, pasti akan ada rasa rindu dan sedih buat murid-murid sekolah kerana tak dapat bersua dengan rakan, lebih menyedihkan kalau murid tersebut bakal berpindah sekolah. Sebak melihat anaknya bersedih kerana mahu berpindah sekolah, TikToker Norashikin Din tunaikan permintaan anaknya itu untuk memberikan hadiah kepada kawan-kawan sekolahnya sebelum cuti akhir tahun sebelum mereka berpisah kerana anaknya akan ke sekolah baharu tahun depan. Klik sini untuk lihat video.

Difahamkan anaknya yang dinamakan Harith itu tidak akan lagi bersekolah di sekolah kebangsaan, Norashikin menjelaskan yang Harith akan bersama adik-adiknya memakai jubah. Jadi, pada hari terakhir sekolah, dilihat rakan-rakan Harith menerima hadiah barang jenama Smiggle. Malah dilihat guru kesayangan Harith juga ada menerima hadiah daripada ibu bapa Harith. Dalam video yang meraih jutaan tontonan, ia sudah semestinya mengundang pelbagai reaksi warganet, ada yang mendoakan keluarga ini dimurahkan rezeki dan pastinya ada juga yang memberi pandangan yang berbeza.

Walau bagaimanapun, Norashikin menjelaskan bahawa dia terima dengan hari terbuka kerana pernah bersusah payah untuk sampai ke tahap ini. “Ada juga yang kecam. Saya terima dengan hati terbuka. Saya dan suami pernah sesusah susah hidup. Kritikan tu dah biasa dalam diri.” Dalam pada itu, ada juga yang memuji kemuliaan si ibu yang begitu pemurah menghadiahkan kanak-kanak ini dengan barangan Smiggle agar dapat merasa menggunakan barang mahal.

Rezeki masing-masing mungkin ini cara dia ‘memberi’, kita ikut kemampuan, lagi pun nak murah rezeki ada macam-macam cara lagi kan? Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.