Demi untuk menyiapkan kediaman, pelakon Aiman Hakim Ridza mendedahkan dia sanggup ‘bercuti’ selama enam bulan daripada berlakon. Ketika ditemui, Aiman berkata dia bertindak menjadi kontraktor mengendalikan sendiri pengubahsuaian selepas tidak berpuas hati dengan hasil kerja pihak yang sepatutnya dipertanggungjawab untuk menyiapkan keseluruhan rumah.Susulan itu jua, Aiman, 35, terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon dan projek raya bagi mengutamakan keselesaan keluarga.
“Dah pindah lama tapi rumah baru saja siap diubahsuai sepenuhnya. Alhamdulillah, ini rezeki anak juga la. Sebenarnya mula-mula kami memang ada kontraktor dan site superviser. Tapi kami tak berapa gembira dengan kerja dia. Jadi, saya buat keputusan untuk buat sendiri memandangkan saya ada la sedikit ilmu. Saya tak ambil sebarang shooting selama enam bulan untuk fokus pada rumah. Sepatutnya saya ada terlibat dengan projek raya tetapi saya terpaksa tolak semua. Saya utamakan keluarga, nak mereka duduk rumah itu dalam keadaan selesa.”
Suami kepada aktres Zahirah MacWilson berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi raya Clarks With Zahirah di The Exchange Mall (TRX), Kuala Lumpur pada Rabu. Tambah pemilik nama Aiman Hakim Ridza Abdoh, dia mengakui terpaksa menanggung kerugiaan namun menganggap kejadian itu sebagai satu pengajaran hidup. “Rugi itu memang tidak boleh kita nak nafikan. Tapi walaupun orang itu tak buat dengan baik, tetap ada sumbangan yang diberikan.
Kita pun belajar silap orang, ketidaksempurnaan orang, sebenarnya bukan untuk kita kritik semata-mata, tapi sebagai iktibar. Kita patut belajar daripada apa secara pun. Rugi itu tak penting. Yang penting, kami selesaikan benda itu.” Dalam pada itu, Aiman yang pernah bertanding di pentas Mentor 5 bersama Rahim Maarof enggan memanjangkan isu terbabit di media sosial seperti mana yang dibuat oleh segelintir pihak.
Bagi saya, media sosial ini bukanlah jalan terbaik untuk kita luahkan. At the end of the day, apa goals kita, kita kena capai. Tak ada point kita nak merintih dalam sosial media.” Sekadar info, Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan pada 8 Jun 2018 di Perth, Australia selepas enam bulan menjalin hubungan cinta. Pada 20 Februari 2020 pasangan romantis itu selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri di Foyer Glamhall di Mercu Mustapha Kamal, Damansara. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata sulung lelaki pertama, Isaac Raees dan kini Zahirah sedang mengandung anak kedua.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.