Ramai yang terkejut bila Hidayah muat naik surat mahkamah lagi, kali ni nama Hamzah pun ada juga

Umum mengetahui, minggu lalu kemelut Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah sudah pun selesai selepas pelawak itu telah pun melunaskan tuntutan hutang bernilai RM72,000. Terbaru, perkongsian Hidayah di TikTok mengejutkan ramai apabila memuat naik surat mahkamah tertera namanya dan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah sebagai defendan. Turut kelihatan nama plaintif dipercayai kakak iparnya serta nama Ali Puteh serta keluarganya yang lain. Menerusi entri itu, Hidayah turut menulis kapsyen berdoa agar dirinya diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusannnya. Bagaimanapun, Hidayah tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkongsiannya itu.

Sementara itu, diruangan komen Hidayah memaklumkan ianya bukan mengenai harta pusaka kerana semua sudah mendapat bahagian masing-masing dan lambat laun orang ramai akan tahu mengenai apa. Dalam pada itu, Ali turut membuat sesi siaran langsung bagi mempertahankan dirinya. Ali mendakwa Hidayah menuntut bahagian tanah (tempat tinggal kakaknya) untuk difaraidkan dengan alasan ada nama arwah Abam. Ali mendakwa tanah itu dibeli kakak dan Abam semasa arwah masih bujang lagi serta mempunyai bukti surat jual beli separuh tanah dibeli kakak, manakala separuh lagi arwah Abam.

Kata Ali lagi, belum berkesempatan untuk menukar nama, Abam pula pergi menghadap illahi sekaligus merumitkan urusan. Ali turut mempersoalkan Hidayah yang sanggup mengambil tempat tinggal kakaknya untuk difaraidkan. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.