Jadikan kisah rumahtangga sebagai marketing, ini pula luahan dari Umisya Mazlan

DIDAKWA menjadi mngs keadaan, Misya Mazlan tidak menyangka kemelut yang berlaku antara dia dan suami iaitu Ahmad Aslam dijadikan gimik pemasaran sebuah produk jenama pakaian tempatan. Memahami setiap usahawan mempunyai cara pemasaran tersendiri, namun Misya atau Umisya Mazlan, 25, terkejut apabila ada pihak tidak sensitif dengan situasi yang sedang dialaminya. “Misya faham peniaga-peniaga semua ada macam-macam cara untuk teknik pemasaran. Cuma tidak pernah terfikir akan sampai macam ini, nak pula tentang sensitiviti sekeliling dengan situasi sekarang dan untuk semua pihak. Moga Allah lindungi kita,” katanya.

Misya berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Khamis. Dalam pada itu, Misya turut memohon maaf kerana tidak dapat membalas semua mesej yang diterima di Instagram dan memberitahu setiap ucapan yang diberikan warganet merupakan semangat untuk dia terus bangkit. “Kepada semua yang DM, maaf Misya tidak sempat nak respon semua terlalu banyak. Kata-kata anda (warganet) semua buat Misya lebih semangat. Kecewa itu fitrah datang dan pergi itu pilihan. Tapi segala yang Allah aturkan pasti ada kebahagiaan untuk ciptaanNya,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa video memaparkan Marissa dan Aslam bergandingan bersama dalam sebuah penggambaran foto. Pasangan tersebut dilihat menggayakan busana berwarna hitam dan dipercayai merupakan model bagi satu jenama pakaian tempatan. Bagaimanapun, kakak kepada Misya iaitu Nadiah Mazlan tampil menyelar tindakan jenama pakaian tersebut kerana didakwa mengambil kesempatan melakukan teknik pemasaran di atas kemelut rumah tangga adiknya itu.

Pada 7 Februari lalu, nama Misya dan Aslam menjadi bualan ramai apabila lelaki itu didakwa bernikah dengan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania. Aslam dan Marissa didakwa bernikah di Songkhla, Thailand ketika Misya sedang mengerjakan umrah di Makkah pada 27 Disember tahun lalu. Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya berpisah.

Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah. Aslam dan Misya mempunyai dua cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun. Sehingga kini, Marissa atau pun Aslam memilih mendiamkan diri berhubung dakwaan sudah berkahwin. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.