Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri mungkin tak jadi keluarkan lagu raya memandangkan lirik lagu yang sepatutnya menjadi miliknya didakwa telah dicri komposer dan diserahkan kepada artis lain. Perkara itu dinyatakan sendiri Aliff Syukri di media sosial miliknya dengan meluahkan rasa kecewa dengan hal yang telah berlaku. “Maaf kan saya awakkkkk. Komposer saya buat taik. Curi lagu lirik saya kasi dekat artis lain. Maaf semua sebab saya kecewakan korang, saya mungkin tak dapat keluarkan lagu raya tahun ni semua,” tulisnya.
Tambahnya lagi, dia turut berasa kecewa dengan industri muzik di Malaysia kerana tidak pernah menghargai bakat nyanyiannya. Oleh sebab itu, Aliff Syukri mungkin tak jadi keluarkan lagu raya sekali gus mengambil keputusan untuk membawa diri dan mengembangkan bakatnya di luar negara kerana lebih dihargai disana. “Sebab saya kecewa dengan industri musik Malaysia yang tidak pernah menghargai bakat saya,” kata Aliff Syukri.
Di akhir perkongsian tersebut, Aliff Syukri memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana bakal kemurungan memandangkan tidak dapat mendengar lagu raya dendangannya pada tahun ini. “Saya terpaksa membawa diri utk menunjukkan bakat saya keluar negara di mana rakyat mereka lebih menghargai saya maaf rakyat Malaysia anda akan kemurungan tanpa lagu raya ini,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas diterima dan ada di antara mereka meluahkan gembira diatas maklumat berkenaan.
Walau bagaimanapun, ada juga yang berseloroh mengatakan yang hidup mereka seakan sunyi selepas mengetahui hal tersebut kerana saban tahun dihidangkan dengan berita sensasi berkenaan lagu raya usahawan itu.
Setiap tahun, usahawan tersebut tidak lari dari kontroversi apabila mengeluarkan lagu raya yang mengundang amarah warganet. Walaupun sudah ditegur beberapa kali, dia tetap mengeluarkan lagu baru tanpa menghiraukan sebarang komen-komen negatif yang pernah diterima memandangkan percaya bahawa dirinya adalah penyanyi nombor satu negara. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.