Maklumkan dirinya kini berstatus single, ini ciri ciri jejaka yang Amelia Christie idamkan

Pelakon Amelia Christie memaklumkan dirinya kini berstatus single sekaligus seakan menjawab status hubungannya bersama aktor Sharnaaz Ahmad. Menerusi satu temubual Amelia dengan jenama tudung, dia menjawab soalan tentang ciri-ciri lelaki idaman dan status dirinya sama ada sudah berpunya atau belum. Menurutnya, dia mengidamkan seorang lelaki yang bertanggungjawab selain menyatakan dirinya sudah single. Klik sini untuk lihat video.

“Lelaki idaman saya adalah seorang yang bertanggungjawab, sopan santun dan baik hati. Saya single. Saya okay dengan soalan tu sebab kita kena bagi tahu kita single.” Terdahulu, hubungan percintaan antara Sharnaaz dan Amelia menjadi tanda tanya apabila masing-masing tidak lagi mengikuti satu sama lain di Instagram. Malah, Sharnaaz memberitahu tidak pernah mengiyakan dia mempunyai hubungan dengan Amelia. Manakala, Amelia reda dengan kenyataan Sharnaaz yang seakan menidakkan hubungan istimewa mereka selama ini.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.