Gosip percintaan masih jadi tanda tanya, sekali hantaran terbaru dari Amelia Christie beri bayangan dirinya akan mulakan hidup baru

Sehingga ke hari ini, gosip percintaan melibatkan pelakon Sharnaaz Ahmad bersama pelakon wanita jelita iaitu Amelia Christie masih lagi menjadi tanda tanya dan menjadi buah mulut dalam kalangan warganet. Terbaharu, Amelia seakan memberikan bayangan bahawa dirinya akan memulakan kehidupan yang baharu secara solo. “Ini adalah permulaan bagiku untuk mencintai diri sendiri, selamat pulang.”

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Amelia memuat naik beberapa gambar dirinya yang sedang menenangkan diri di tepi pantai sebuah pusat peranginan. Hantaran tersebut juga seakan mahu menjawab desas desus mengenai percintaannya dengan Sharnaaz yang dikatakan terputus di tengah jalan. Sekadar info, hubungan Amelia dan Sharnaaz dikatakan bagai ‘telur di hujung tanduk’ selepas mereka berdua didapati sudah saling berhenti mengikuti (unfollow) di akaun media sosial.

Walau bagaimanapun, Sharnaaz enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya dengan Amelia kerana berpendapat keutamaannya pada masa ini adalah Jebat Jayden yang bakal memasuki alam persekolahan. Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Noor Nabila pada Mac 2017, namun berpisah pada bulan Julai 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 6.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.